Pages

Saturday, July 3, 2021

KOLEKSI BUYA HAMKA

 💥 KOLEKSI BUYA HAMKA - SATU KOLEKSI YANG TAK BOLEH DILEPASKAN!


KOLEKSI 1 - BUYA HAMKA BERBICARA TENTANG PEREMPUAN



SINOPSIS
 

Buya HAMKA Berbicara tentang Perempuan merupakan sebuah karya yang menyoroti topik perempuan dalam pandangan Islam. Ia membahaskan kemuliaan perempuan dan berbagai-bagai peranannya dalam kehidupan. Dengan huraian-huraian berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan sejarah Nabi Muhammad SAW.

HAMKA mengutarakan bahawa tiada agama lain atau sistem lain yang lebih terbaik daripada Islam dalam memberi penghormatan kepada kaum perempuan. Naskhah ini juga turut membawa wacana dan idea bahawa hak dan kewajipan perempuan beriman sama dengan hak lelaki beriman. Namun tidak sehingga terikut dan melampau seperti barat yang menyeru kepada kebebasan tanpa panduan agama.

HAMKA menegaskan bahawa kewujudan lelaki dan perempuan adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain, seperti mana yang turut dinyatakan dalam al-Quran. Karya ini menerangkan dengan nyata perkara dan tugas bersama yang dihadapi mereka.

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

Dapatkan sekarang!!! Klik link di bawah:
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=2950&url=8663



KOLEKSI 2 - SEJARAH UMAT ISLAM




Sejarah Umat Islam - Edisi Kemas Kini adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia,

dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. Antaranya adalah:

  • TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
  • DUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
  • PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
  • KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]
  • KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)
  • KERAJAAN BANI ABBAS
  • KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA
  • KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA
  • KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARAB
  • PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAH
  • PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTAN
  • KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
  • PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)




KOLEKSI 3 - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK


Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.
 
Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.
 
Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba.
 
Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
 
Novel ini ditulis oleh HAMKA dan diterbitkan pada tahun 1938. Kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang terhalang oleh adat minangkabau yang melihat harta kekayaan dan keturunan keluarga sebagai yang pertama dan tertinggi. Karya ini menjadi fenomena. Walau ditulis lebih 78 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater.
 
HAMKA yang dipandang sebagai seorang ulama dan ahli agama dikritik hebat pada ketika itu oleh sebab menulis sebuah novel ‘roman’ cinta remaja. Tetapi jauh dari itu, HAMKA sebenarnya membuat kritikan sosial kepada Minangkabau di padang yang sangat mengutamakan adat. Novel ini telah mengkritik adat di Minangkabau pada ketika itu yang menjadikan darjat dan keturunan sebagai perkara yang besar sehingga memutuskan hubungan antara dua jiwa, digambarkan melalui watak Zainuddin dan Hayati.
 
Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong. Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.
 
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia. Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.
 
 
 
SINOPSIS
 
 
Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar.
 
Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima.
 
Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.
 
Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


Dapatkan hari ini!!! Klik link di bawah:



KOLEKSI 4 - MERANTAU KE DELI



Sinopsis

Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.

Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.

Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?


Dapatkan hari ini!!! Klik link di bawah:

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=2950&url=8657



KOLEKSI 5 - TUAN DIREKTUR



Sinopsis

Sekarang dia sudah tahu wang itu boleh dijadikan titian untuk menyeberangi batang air kekurangan, dengan wang segala maksud boleh berhasil.

 

Review

Tuan Direktur ialah novel pertama daripada Buya HAMKA yang telah saya berjaya mengakhiri pembacaannya. Penulisan Buya HAMKA memang sangat halus dan penuh dengan nasihat yang tulus.

Novel ini sangat memberi saya pengajaran akan hakikat kekayaan hidup yang sebenarnya. Nyata, kekayaan sebenar bukanlah kekayaan wang ringgit seperti yang selalu difikirkan oleh orang kebanyakan, tetapi kekayaan budi itulah kekayaan hakiki. Tidak salah untuk kita mencari pekerjaan dan mengejar kekayaan kerana manusia itu sendiri dituntut untuk bekerja mencari rezeki. Namun, yang salahnya ialah apabila cita-cita asli (bekerja bagi membantu penghidupan diri dan masyarakat) ditenggelami oleh cita-cita mengejar wang dan kekayaan yang bersifat sementara.

Insya-Allah, saya bakal membelek siri-siri novel daripada Buya HAMKA yang seterusnya.

- Muhaimin Safaruddin


Dapatkan hari ini!!! Klik link di bawah:

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=2950&url=8666



KOLEKSI 6 - AYAHKU



Sinopsis

Menulis riwayat hidup Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau Dr. H.A.K Amrullah, sama ertinya dengan menulis bagaimana pembangunan agama Islam di Minangkabau, negeri yang dikenali kerana sulitnya lantaran pembangunan agamanya dan kekerasan adatnya.


Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan - HAMKA.


Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.


Antara reviews daripada goodreads mengenai buku Ayahku:

"HAMKA menulis ini dengan penuh berhati-hati. Dapat dirasai kasih sayang seorang anak dalam tulisannya. Buku ini penuh dengan sejarah dakwah Nusantara di Indonesia dan sedikit di Malaysia. Saya sangat terkesan dengan pengorbanan dakwah ulama zaman dahulu melawan penjajah dan sedikit sebanyak mengerti kepelbagaian ulama di dunia ini." (Aimi)

"Amat mengagumkan cara Prof HAMKA mengolah riway hidup ayahnya itu. Dikisahkan perjuangan kaum Tarikat Nasqibadiyah, perjuangan kaum muda dan tua. Diceritakan juga perjuangan Muhammadiyah, komunis, ulama kerajaan, semasa pemerintahan kaum adat, Belanda, dan Jepun." (Hifzan)

"Buku biografi yang bagus tentang perjuangan seorang tokoh dalam menegakkan syiar Islam di Sumatera hasil tulisan Hamka. Perkisahan tentang Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau dr. H.A.K. Amrullah iaitu ayahnya sendiri; melalui kaca matanya serta orang terdekat ayahandanya." (Anem Arnamee)


Dapatkan hari ini!!! Klik link di bawah:

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=2950&url=8660



KOLEKSI 7 - SI SABARIAH



NOVEL PERTAMA YANG DITULIS OLEH BUYA HAMKA!
 
Novel terawal Buya Hamka yang bukan biasa-biasa. Inilah titik bermulanya Hamka berani menjadi penulis.
Ditulis dengan lenggok bahasa yang indah sekali, seakan pembaca dibawa ke zaman silam. Ada pantun, ada kata nasihat dititipkan.
 
“Adat lembaga atas dunia, hina ada mulia pun ada. Sengsara miskin ada pula. Kaya-raya jangan disebut. Kalau orang diterima akan diambil jadi menantu. Elok fikirkan terlebih dahulu, jangan terkena di kemudian hari. Janganlah bersifat seperti orang kini. Habis manis sepah dibuang.”
-Si Sabariah.
 
Naskhah yang pernah terbit lebih 90 tahun dahulu kini dalam edisi dwibahasa (bahasa Melayu dan Minang) dan dalam versi yang lebih segar dibawakan khas oleh Jejak Tarbiah untuk anda semua. 
 
Selami cerita Si Sabariah yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah berlaku di kampung halaman Hamka.
 
Si Sabariah mengisahkan tentang seorang wanita yang menghadapi dilema ketika harus memilih antara dua pilihan, iaitu bercerai dengan suaminya (Pulai) atau memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibunya (Sariaman).4
 
Ia sebuah kisah cinta tragis. Kisah cinta yang tersepit akibat ketamakan. HAMKA, seperti biasa, dengan bahasanya yang puitis tidak hanya menyorot kisah bertemakan cinta tetapi turut membawakan citra adat budaya Minangkabau dalam naskhah langka ini.


Dapatkan hari ini!!! Klik link di bawah:


PEMINAT BUYA HAMKA... JANGAN BERLENGAH LAGI. DAPATKAN KARYA BELIAU HARI INI!!!





No comments:

Post a Comment